Pages

Tuesday, January 27, 2009

Kemuliaan Wanita

Islam memuliakan wanita

WAHAI orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisa': 19)

Huraian

Islam mengharamkan perbuatan mewarisi perempuan seperti mewarisi barang-barang dan binatang-binatang, begitu juga Islam mengharamkan perbuatan menyusahkan dan menyakitkan perempuan untuk memudaratkan mereka, kecuali jika ia melakukan perbuatan yang keji.

Islam memberi kebebasan kepada perempuan di dalam memilih teman hidupnya dari awal, iaitu sama ada dara atau janda , sama ada yang ditalak atau yang kematian suaminya.

Islam juga menyeru kepada kaum lelaki supaya tidak mudah terburu-buru emosi mengambil keputusan bertindak memutuskan hubungan suami isteri sekiranya terjadi sesuatu perbalahan dan persengketaan suami isteri.

Apabila berlaku keadaan sedemikian, suami hendaklah berusaha mengawal kemarahan dan kebencian yang memuncak. Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu amat besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Allah SWT memerintah setiap suami menjaga kebajikan isteri masing-masing dengan baik, melayan isteri-isteri dengan penuh kemesraan dan kasih sayang, mendidik isteri dengan penuh hikmah, seterusnya memperlakukan mereka sebagaimana selayaknya seorang insan.

Kesimpulan

Islam mengangkat martabat kaum wanita di tempat yang tinggi yang selayaknya mengikut fitrah kejadian dan penciptaan mereka oleh Allah SWT.

Golongan suami hendaklah menghormati isteri-isteri mereka dan melayan mereka dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

Sesungguhnya peranan seorang isteri amat penting dalam sesebuah rumah tangga , oleh itu muliakanlah dan hormatilah kaum hawa seperti sepatutnya.

Fadhilat Ayat Kursi

Ayat Kursi hindari perbuatan pukau dan sihir

ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu - Nya dan kekuasaan - Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (al-Baqarah: 255)

Keterangan ayat

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka'ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

Khasiat dan kaifiat beramal

Ayat al -Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih. Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan. Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh.

Monday, January 26, 2009

POLA TIDUR ANAK



Bayi baru lahir biasanya tidur selama 16-20 jam yang dibagi menjadi 4-5 periode. Pola tidur bayi masih belum teratur, karena jam biologis yang belum matang. Tetapi perlahan-lahan akan bergeser sehingga lebih banyak waktu tidur di malam hari dibandingkan dengan siang hari.

Keluhan gangguan tidur biasanya datang dari orang tua yang sulit menerima jam tidur si bayi. Dikatakan bahwa orang tua kekurangan tidur 2 jam setiap harinya hingga si bayi berusia 5 bulan. Sedangkan mulai usia 5 bulan sampai 2 tahun, oran tua kehilangan 1 jam waktu tidur setiap malamnya. Sehingga orang tua pun perlu menyiasati waktu tidurnya sesuai dengan pola tidur bayi.

Mulai usia 2 bulan bayi mulai lebih banyak tidur malam dibanding siang. Di usia 3-6 bulan jumlah tidur siang pun semakin berkurang, kira-kira 3 kali dan terus berkurang hingga 2 kali pada bayi usia 6-12 bulan. Menjelang usia 1 tahun biasanya ia hanya perlu tidur siang satu kali saja dengan total jumlah waktu tidur berkisar antara 12-14 jam.

Tips bagi orang tua:

  • Latih anak Anda agar mengerti bahwa malam hari adalah waktu untuk tidur, dan siang hari adalah waktu untuk bangun. Salah satu caranya adalah dengan mengajaknya bermain hanya di siang hari saja, tidak di malam hari.
  • Latih bayi Anda agar mengetahui bahwa tempat tidur adalah tempatnya untuk tidur. Letakkan si kecil di tempat tidur saat ia sudah mengantuk, hindari membiarkannya tidur dalam gendongan Anda atau di ruangan lain.
  • Lampu utama sebaiknya dimatikan, dan nyalakanlah lampu tidur yang redup.
  • Ketika ia terbangun ajari anak untuk tidur kembali. Jangan nyalakan lampu! Tenangkan dengan kata-kata lembut. Selanjutnya tinggalkan ia sendiri untuk kembali tidur. Jika menangis lagi, biarkan dulu 5 menit baru tenangkan lagi. Berikutnya jika kembali menangis tunggu 10 menit. Dan seterusnya hingga 15 menit. Malam berikutnya tambah waktu tunggu 5 menit, yaitu 10 menit, 15 dan 20 menit. Biasanya seorang anak memerlukan waktu hingga 2-3 malam. Jika gagal, hentikan dulu prosedur ini, dan coba lagi setelah 1 bulan (cara ini diperkenalkan oleh Richard Ferber, Boston's Children hospital.)

Mulai usia 2 tahun, anak tidur selama 12-13 jam, dengan 1-2 jam tidur siang dan 11 jam tidur malam. Pada usia ini biasanya anak tidak mau tidur sendirian dan bangun menangis di tengah malam.

Berbeda dengan kita orang dewasa, anak-anak sering mengalami disorientasi saat bangun. Misalkan saja kita terbangun di tengah malam dan mendapati TV masih menyala, padahal kita ingat betul sudah mematikan TV. Tentu kita akan bangun dengan rasa bingung dan takut. Seperti itulah kira-kira perasaan anak jika terbangun di tengah malam. Hal kecil seperti guling yang terjatuh atau boneka yang salah letak sudah dapat membuatnya takut.

Pada anak-anak irama sirkadian dan dorongan homeostatis untuk tidur sudah lebih baik berkembang, tetapi pada usia tersebut dorongan untuk tidur ataupun bangun amatlah kuat. Ketika bangun mereka benar-benar segar, tapi kalau sudah mengantuk tidak ada yang bisa mencegahnya tertidur. Pernahkan Anda melihat anak yang tertidur saat makan atau bermain?

Yang terpenting adalah menciptakan suasana tidur yang nyaman. Buatlah kamar tidur yang terisi dengan tokoh favoritnya. Suhu yang nyaman, penerangan yang cukup dan suasana yang tenang. Penting juga menciptakan kebiasaan-kebiasaan sebelum tidur agar ia tahu waktu menjelang tidur.

Lingkungan tidur yang kurang baik bisa mengakibatkan mimpi buruk pada anak-anak. Mereka masih belum bisa membedakan antara mimpi dan kenyataan. Tenangkan dengan kata-kata yang lembut dan melindungi.

Sejak usia 6 tahun umumnya seorang anak memerlukan waktu tidur sebanyak 11 jam, tanpa tidur siang. Di usia 10 tahun biasanya ia tidur selama 10 jam. Biasanya anak-anak usia ini menolak untuk tidur karena godaan acara televisi atau PR yang belum selesai. Tetapi begitu meletakkan kepala di atas bantal, mereka langsung tertidur.

Tips mengatur tidur anak:

  • Ritual sebelum tidur: cuci kaki, menggosok gigi, meredupkan lampu, berdoa atau membacakan cerita.
  • Biasakan waktu tidur yang teratur.
  • Jangan lakukan kegiatan yang exciting sebelum tidur.
  • Ajarkan anak untuk tidur sendirian, dan yakinkan kalau Anda tidak berada jauh dari kamar tidurnya.
  • Jika terbangun dan menangis jangan langsung datangi kamarnya, lakukan metode Ferber.
  • Jangan mengunci kamar tidur.
  • Kamar tidur Anak harus nyaman, menarik, tetapi tidak boleh ada TV, video games, atau terlalu banyak mainan.


Monday, January 19, 2009

remaja teras kekuatan umat

Remaja teras kekuatan umat

DUNIA sekali lagi menyaksikan kekejaman yang dilakukan ke atas bumi Palestin. Kali ini Semenanjung Gaza dibedil dengan hebatnya, kononnya untuk menghapuskan pejuang-pejuang Hamas yang dilabel pengganas oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Sungguhpun begitu, tempat-tempat awam seperti hospital, masjid dan universiti pula yang disasarkan dengan bedilan bom, lantas mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Serangan darat menambah buruk lagi keadaan rakyatnya. Lebih 800 nyawa sudah gugur dan beribu-ribu lagi cedera dalam permainan senjata Israel. Apatah lagi dengan sekatan bekalan makanan dan ubat-ubatan, kelangsungan hidup rakyat Palestin kini sangat kritikal dan mereka hidup dalam keadaan yang sangat memilukan.

Di kaca televisyen, kita boleh melihat visual bom berangkai dilepaskan sewenang-wenangnya di tempat awam, seolah-olah nyawa rakyat Palestin seperti sudah tiada harga lagi.

Tindakan provokasi

Persengketaan Palestin-Yahudi Israel bukanlah sesuatu yang baru. Negara Palestin adalah tempat lahir dan tinggal sebahagian besar para Rasul dan Nabi Allah menyebarkan Islam, kawasan terletaknya Masjid al-Aqsa, tempat berlakunya Israk dan Mikraj serta kiblat pertama umat Islam.

Menurut sumber sejarah, bangsa Yahudi hanya duduk memerintah selama empat kurun sahaja semenjak zaman Nabi Allah Daud, Nabi Sulaiman dan dijajah pula oleh bangsa Parsi dan Rom selepas itu. Umat Islam pula telah memerintahnya semula selama 12 kurun semenjak ditadbir oleh Saidina Umar r.a pada tahun 636 Masihi sehingga diambil alih oleh Kerajaan Uthmaniah.

Puak Yahudi tidak berputus asa dan dengan sokongan Britain yang berjanji untuk mewujudkan negara Yahudi di bumi Palestin, mereka telah mempengaruhi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan Ketetapan 181 (UNISCOP 1947) pada November 1947. Ketetapan ini telah membahagikan 55 peratus tanah Palestin kepada pendatang haram Yahudi dan selebihnya diserah kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Akhirnya Yahudi berjaya menubuhkan negara Israel secara haram pada 1948 dengan sokongan Britain dan nasionalis Arab Palestin. Ia bercanggah dengan prinsip PBB sendiri kerana tidak mengambil kira hak dan suara rakyat Palestin.

Peperangan Arab-Israel yang diakhiri dengan kekalahan di tangan Arab akibat kelemahan pimpinan politik dan tentera telah memberi peluang kepada Israel menambah peluasan wilayah mereka kepada 78 peratus wilayah Palestin.

Sekutunya Amerika Syarikat (AS) merestui tindakan peperangan Israel dan baru-baru ini menolak pelan damai Hamas-Israel dengan hujah bahawa Hamas merupakan kumpulan militan yang bertindak merampas kuasa daripada Pihak Berkuasa Palestin.

Namun begitu, tindakan ketenteraan Israel kali ini lebih dilihat untuk mencetuskan provokasi terhadap negara Islam yang lain, iaitu Iran dan Hizbullah. Iran yang diketahui mempunyai program pembangunan nuklear dan telah berupaya membangunkan kekuatan ketenteraan seperti membina jet pejuang dan bom sendiri telah mencetuskan kebimbangan di kalangan kuasa besar.

Maka tindakan ini tidak lebih daripada provokasi Presiden Bush sebelum tamat penggal pemerintahannya untuk mengheret Iran dan negara Islam lain ke dalam peperangan Israel-Palestin agar mereka mempunyai alasan untuk menutup program pembangunan nuklear dan melemahkan kekuatan negara tersebut.

Ia secara tidak langsung menguji dan mengheret pentadbiran Barrack Hussien Obama, presiden AS seterusnya ke kancah peperangan.

Sesungguhnya sebagai umat Islam dan manusia yang bertanggungjawab, kita kesal kerana negara Barat yang kononnya kuat mempertahankan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan sebagainya berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel secara haram diiktiraf sah oleh pihak Barat tetapi mereka tidak mengiktiraf pergerakan Hamas yang memenangi pilihan raya secara demokrasi.

Membina kekuatan

Amat sedih apabila terdapat negara Islam terpaksa bertungkus lumus dan bersusah payah menjawab surat tunjuk sebab kepada PBB kerana dikatakan melanggar hak asasi manusia, sedangkan PBB sendiri tidak bertanggungjawab dengan ketetapan sedia ada untuk Palestin atau negara Islam yang lain.

Justeru sebagai remaja yang melihat situasi penderitaan saudara di Palestin dan tempat lain, runtunan emosi seperti marah, sedih dan sebagainya sudah pasti wujud, tetapi seharusnya diikuti dengan perasaan untuk membantu semangat memajukan negara dengan rasa tanggungjawab dan iltizam untuk memajukan umat.

Tunjuk perasaan dan tindakan memulaukan barangan Yahudi dan AS mungkin merupakan langkah yang boleh dilakukan sebagai protes terhadap tindakan mereka, tetapi ia merupakan tindakan jangka pendek. Persoalannya, adakah umat Islam sendiri telah bersedia untuk memulaukan barangan dengan mencipta barangan keluaran mereka sendiri?

Oleh itu sebagai strategi jangka masa panjang, umat Islam perlu berusaha membina kekuatan agar dapat dimanfaatkan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam serta membina pelan tindakan yang konsisten dan tersusun di mana kesemua negara Islam terlibat sama.

Dalam melakukan proses tersebut, remaja seharusnya meningkatkan ilmu duniawi, dan dalam pada masa yang sama harus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap iman dan akhlak.

Misalnya, remaja boleh membantu bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga untuk keperluan umat Islam dengan sentiasa istiqamah dalam menambah pengetahuan dan kemahiran. Sekiranya remaja mempunyai bakat kepimpinan, bakat tersebut boleh disuburkan untuk memimpin bangsa agama dan negara.

Jika remaja tersebut mempunyai bakat dalam mencipta sesuatu yang baru, bakat tersebut boleh digunakan untuk kepentingan orang Islam. Justeru, tidak kira apa bidang yang diceburi, remaja merupakan aset penting kepada negara yang diharapkan menjadi penyumbang kepada kemajuan umat Islam dan membina kekuatan yang diharapkan.

Krisis di Palestin juga seharusnya memberi pengajaran terutamanya kepada remaja Islam berusaha menyusun strategi jangka panjang, meningkatkan pengetahuan terhadap sejarah lampau dan tentang pentingnya keamanan dan perpaduan.

Remaja Islam harus menginsafi bahawa kemajuan teknologi boleh dijadikan alat untuk membuat kebaikan, tetapi juga teknologi juga boleh digunakan untuk menganiayai dan menindas orang. Apabila teknologi berada pada tangan yang rakus dengan kuasa, maka ia akan membawa mala petaka yang besar terhadap masyarakat sekelilingnya.

Perbezaan antara orang Islam dengan Yahudi ialah mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi. Walaupun tanpa sokongan alat ketenteraan yang besar dan kuat, mereka mempunyai semangat juang yang sangat tinggi untuk mengembalikan hak mereka.

Tentera Israel berani melakukan kezaliman terhadap penduduk Palestin kerana banyak bergantung kepada kelengkapan tentera dan mendapat sokongan kuasa-kuasa besar.

Justeru, inilah masanya umat Islam bersatu dan berusaha untuk membina kekuatan sendiri. Umat Islam wajib bersatu padu mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap bantuan orang bukan Islam untuk menyelamatkan maruah Islam.

Kesimpulan

Israel akan pasti terus berusaha untuk mengusir rakyat Palestin dan menguasai sepenuhnya negara Palestin. Di negara lain, umat Islam juga terhina di bumi sendiri. Sikap tidak peduli umat Islam tentang persoalan akidah, ibadah, syariat dan akhlak akan menjerumuskan umat Islam di bawah telunjuk Yahudi dan pakatan mereka.

Umat Islam, khususnya remaja Islam harus berhati-hati terhadap propaganda Amerika terhadap perjuangan Palestin dan umat Islam seluruh dunia di dalam media yang kebanyakannya dikuasai oleh mereka.




kuih pulut serunding

pulut yg dah siap dan boleh dimakan..
serunding kelapa...
pulut

cara masak pulut:

rendam pulut selama sehari atau sejam..
kukus selama 1 jam.kalau masak dalam rice cooker pun boleh.
1 tin santan.
sedikit garam.

cara masak serunding kelapa:

bahan2:
kelapa parut atau kelapa kering
serai
udang kering
lada kering (dikisar)
bawang (dikisar)
serbuk kunyit
minyak
garam
gula
asam keping

cara:

tumis bahan kisar.bila dah naik minyak masuk kan udang kering dan serai.bila dah serasi masuk serbuk kunyit dan asam keping.dan bila dah serasi masuk kan gula dan garam secukup rasa.bila dah siap serunding.boleh lah gaulkan pulut n serunding...selamat mencuba....

Sunday, January 18, 2009

Friday, January 16, 2009

Ghuraba (with subtitles)

MAMA BIRTHDAY

kenangan birthday mama 2/6/2008.

Kasih Sayang by Raihan

kek pisang

TUKANG RASA.....NAMA DIA RAHSIA...HEHEHEHE


bahan-bahan

3 cawan tepung
3 biji telur
1 sudu bikarbonat/baking powder
1 1/2 cawan gula
1 cawan minyak
1 1/2 cawan pisang(sama dgn 5 biji pisang makan kat sini)
sedikit garam

cara:

telur dipukul kencang.masukkan gula dan bikarbonat.kacau rata.apabila rata masukkan tepung ,pisang,garam dan minyak.kacau hingga rata baru bakar.180 darjahcalcius .45 minit.

Sunday, January 11, 2009

Kenangan sligo


Sligo...sligo..sligo...
salah satu daerah atau negeri di negara Ireland.
tempat yang menarik.aku suka stay kat sana.
walaupun macam-macam cabaran yang aku lalui.
kenangan di Sligo membuatkan aku lebih tabah untuk stay kat tempat orang.
membuat kan lebih matang untuk melayari hidup ini.
masa tinggal kat sini aku jaga anas n muaz.
kawan seperjuangan pun tak de.
kalau ada pun ,duduk tempat lain.
masa stay dekat sligo,aku rapat ngan 3 orang,yaitu k hawa(dublin)balqis(waterford)
Adawiyah(sligo cuma 4 bulan).diorang ini sahaja yang aku berkawan.apa-apa masalah
kita orang akan berhubung malalui telefon.
Sligo merupakan kawasan yang banyak bukit bukau.
Keadaan yang nyaman.memang tidak akan aku melupakan tempat itu.
kalau ada rezeki hendak pergi lagi.dah hampir 4 tahun aku tinggalkan sligo.
selamat tinggal sligo....see in my dream....SLiGO sligo sligo.......

kenangan bersama iswara


Dah masuk 6 tahun usia kereta iswara aku....sekejap je masa berjalan.walaupun kereta second hand.tapi dah banyak berjasa dalam keluarga aku.tahun nie insyaAllah tahun terakhir membayar.
tak de perancangan pun untuk tukar yang baru. masih sayang lagi dan masih mampu berjalan lagi.walaupun aku jarang menggunakan.aku tahu kereta ini masih boleh digunakan.rindu pulak nak naik kereta aku..hehehehe,,......tak sabar pulak nak balik kampung.rinnduuu nnnnyyyyaaaaa deeekkkaaatttttt kkkaaammmpppuungggg!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 4, 2009

Kenangan demam flu

kenangan bersama mak ngah family...
kenangan mak ngah,tok wan,n atuk with anas n amani...dua insan yang aku akan ingat sampai bila-bila.
Ahmad muaz hamdani..kakak sayang muaz....
Ahmad anas hamdani....kakak miss u.......
Alhamdulillah lagi sekali aku diduga oleh Allah s.w.t.Demam yang agak panas(flu) .cuma tak di masukkan hospital je.boleh lagi buat kerja2 umah,tapi tak selincah selalu.buat ala kadar.takut juga pengsan.memang dah lama tak demam mcm tue.ujian dari Nya..hari ini dah dua mlm aku menangis.adik2 kesayangan aku akan balik ke tanah air.diorg berdua adalah kekuatan aku dekat sini.walaupun sekarang diorg tak rapat sangat dengan aku.tapi sayang itu dah sebati dalam diri aku.menangis pun tak guna.tapi aku akan tetap rindu mereka...Ya Allah selamat kan lah perjalanan mereka sekeluarga...semoga mereka sampai ke tanah air dengan selamat.Amin......to muaz n anas ..kakak love u...mis u so much...insyaAllah kita jumpa kat malaysia....

Thursday, January 1, 2009

KASIH SAYANG

kasih sayang itu titi
kasih sayang penghubung hati
kasih sayang itu tali
kasih sayang pengikat diri

dari kasih timbul simpati
dengan sayang ada persaudaraan
kerana kasih ingin berbakti
saling sayang maaf memaafkan

kasih sayang itu baja
kasih sayang penyubur jiwa
kasih sayang itu penawar
penguat cinta penghapus duka

kasih manusia sering bermusim
sayang manusia tiada abadi
kasih tuhan tiada bertepi
sayang tuhan janji pasti

tanpa kasih sayang tuhan tiada simpati tiada persaudaraan
tanpa kasih sayang tuhan tiada bakti tiada kemaafan

ulang rangkap pertama...

kasih sayang pada semua
kasih sayang sesama kita
kasih sayang..ooooo......dunia
moga selamat diakhirat sana..