Pages

Sunday, August 30, 2009

10 hari puasa

Alhamdulillah hari ini genap 10 hari aku berada di bulan ramadan yg penuh barakah ini....walaupun hari ini aku tak dapat menjalankan tanggungjawab berpuasa(faham2 jelah org perempuan)sedih juga tak dapat meneruskan ibadah puasa ini...tapi insyaAllah setiap yg kita lakukan dengan ikhlas akan di beri ganjaran..insyaAllah....barang belum habis kemas lagi...tinggal beberapa hari je lagi aku akan berada di bumi ireland ini...tinggal lagi beberapa hari saje lagi aku akan bersama2 dengan meraka yang aku sayang...lepas ini ada peluang lagi ke aku bersama mereka...memaglah keluarga no 1....tapi aku dah anggap mereka2 yang berada di bumi ireland ini keluarga no 2 aku....hati ini masih lagi berbelah bahagi untuk tinggal kan kenangan di sini....insyaAllah PENGALAMAN yg aku timba dari sini akan aku guna kan sebaik mungkin di malaysia....tak sabar pun ada bila ada perasaan nak balik...tinggal beberapa hari saje aku akan melihat pemandangan lucan.......insyaAllah kalau ada umur akan sampai juga ke sini....insyaAllah.....

Ramadan rahmat kepada anak yatim

SOLAT berjemaah memupuk silaturahim sesama penghuni Darul Kifayah serta membina peribadi unggul Muslim.

MUNGKIN ramai yang bersetuju, walaupun apa pun kejayaan dan kenangan yang kita kecapi selama hidup ini, ia tidak semanis zaman kanak-kanak atau lebih tepat lagi setiap kali detik-detik menyambut lebaran!

Terlalu indah dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika desa yang melatari suasana!

Walaupun siangnya letih lesu dek puasa, namun ibadat itu tidak pernah menghalang untuk mereka melakukan pelbagai aktiviti. Ligat tetap ligat. Mencari tin-tin diikuti meredah hutan belukar untuk mencari batang-batang buluh atau kayu. Semua itu kerana semangat yang tinggi untuk membuat pelita-pelita panjut.

Hasilnya pada waktu malam maka bergemerlapanlah cahaya pelita-pelita itu di sekeliling rumah yang menerangi jalan masuk dan halaman rumah!

Pemandangan yang terhasil itu sungguh indah, malah kita sanggup sekeliling kampung hatta di tengah-tengah malam bagi menikmati suasana yang cukup mengasyikkan itu.

Suasana bertambah meriah apabila sedari siang sehingga ke malam malah sehingga ke titisan embun pagi yang terakhir, kedengaran dentuman dari meriam buluh di sana sini.

Walaupun sangat bingit tetapi tiada siapa yang dapat menghalang kanak-kanak dan remaja malah seorang dua, orang tua yang sama-sama melakukan aktiviti 'pengeboman' itu dari serata ceruk kampung.

Begitu juga bermain mercun dan bunga api, satu lagi aktiviti wajib bagi 'mewarnai' malam-malam Ramadan!

Namun keindahan Ramadan dan Hari Raya bagi seorang kanak-kanak itu turut bermakna, meraikannya bersama ahli keluarga terutama ayah dan ibu tercinta.

Telah menjadi tradisi sehingga kini, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anaknya menyambut Hari Raya tanpa sepatu baru, baju baru segala-galanya baru.

Segala-galanya akan mereka sediakan demi si anak. Apabila di pagi raya, pemandangan yang cukup mengasyikkan apabila si anak-anak yang begitu segak dan comel yang serba serbi baru tadi mengucup kedua-dua tangan dan pipi ayah dan ibu untuk pelbagai pengucapan yang ditujukan khas buat orang tua yang melahirkan.

"Selamat Hari Raya ayah, ibu! Minta ampun maaf dan halalkan makan minum!" merupakan ayat-ayat yang sering kita dengar, dilafazkan oleh si anak.

Suasana yang asalnya hening dan sayu, serta merta bertukar kepada sangat ceria apabila si anak melonjak kegembiraan apabila menerima habuan duit raya dari orang tua.

Sedikit catatan dari pelbagai 1,001 memori Aidilfitri ini mungkin tidak pernah tercatat pada diari si anak yatim. Catatan mereka adalah tersendiri dan menuntut seribu pengertian dan keinsafan dari semua pihak.

Namun pada hakikatnya, Ramadan dan Syawal tidak pernah membeza-bezakan umatnya. Semua individu muslim layak untuk meraikannya.

Malah golongan yang tidak bernasib baik inilah yang patut lebih mendapat keutamaan dan perhatian agar kemeriahan Ramadan dan kegembiraan Syawal itu sama-sama dapat dirasai.

Jika kita selami hidup sebatang kara, tiada ayah dan ibu, seolah-olah kehadiran Ramadan dan Syawal seperti tiada erti. Bagaimana kita dapat meraikan bulan-bulan kebesaran ini sedangkan orang yang kita sayangi dan kasihi tiada di sisi?

Kita tidak nafikan, golongan anak yatim piatu pastinya mempunyai psikologi mereka yang tersendiri. Jiwa mereka menjadi lebih halus dan mudah terusik, lebih-lebih lagi di saat orang lain begitu gembira terutama menyambut Syawal bersama-sama ibu bapa, ahli keluarga dan saudara mara.

Justeru kita selami isi hati anak-anak yang menghuni asrama anak yatim dan miskin Darul Kifayah kelolaan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ketika ditemui di asrama mereka di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur, seolah-olah berlaku pertembungan dua dunia yang berbeza.

Suasana mereka menyambut Ramadan dan Syawal tidak ada titik persamaan seperti yang dilalui rakan-rakan yang seusia mereka di luar sana.

Malah kadang kala termalu sendiri apabila bercakap soal kualiti berpuasa. Penulis akui, penghuni Darul Kifayah ini tidak memerlukan mercun, bunga api, pelita panjut sehinggalah bersengkang mata untuk membuat biskut Raya bagi sebagai pengisian bulan Ramadan.

Ini kerana mereka begitu mengejarkan pelbagai kelebihan bulan Ramadan, iaitu satu bulan yang menjanjikan rahmat pada 10 hari pertama, berkat pada 10 hari kedua dan maghfirah atau keampunan dari Allah pada 10 hari yang terakhir.

Wan Muhd. Zubair Wan Mohd. Noor, 14, berkata, suasana Ramadan di situ amat berbeza berbanding bulan-bulan lain.

Katanya, apabila tiba Ramadan, mereka diraikan oleh pelbagai pihak dengan jemputan berbuka puasa dan tidak kurang yang menyediakan juadah-juadah yang istimewa di asrama.

"Tidak cukup itu, kami juga dilimpahkan rezeki dengan sumbangan-sumbangan duit raya dan pelbagai hadiah berupa kelengkapan-kelengkapan termasuk baju baru, kasut dan sebagainya bagi membolehkan kami ceria dan gembira menyambut Syawal.

"Sebagaimana rakan-rakan sebaya di luar yang lebih bernasib baik, kami di sini tidak pernah kekurangan malah bersyukur kerana semakin ramai yang prihatin dengan nasib kami," katanya yang telah menetap dua tahun di situ.

Namun semua itu berbeza ketika Zubair mula-mula menghuni di situ. Perasaan sedih, rendah diri, takut, bimbang bercampur baur walaupun dia tinggal bersama seorang abang dan adiknya di situ.

"Saya tidak dapat membiasakan diri dan masa diperlukan apatah lagi tahun lalu adalah kali pertama saya berpuasa jauh dari kaum keluarga dan sanak saudara.

"Sekarang Alhamdulillah, tiada sebab lagi untuk saya menangisi nasib diri, malah yang penting saya bersama-sama penghuni lain, kami gembira dengan cara kami sendiri bagi menyambut Ramadan dan Syawal," katanya yang berasal dari Terengganu.

Mohd. Iskandar Mohd., 14, pula berkata, rezeki yang melimpah ruah dengan pelbagai pemberian dan sumbangan membuktikan bahawa pelbagai pihak juga mahu anak-anak yatim bergembira menyambut Ramadan dan Syawal.

"Mungkin ini tidak dirasai oleh anak-anak di luar sana tetapi kami begitu bersyukur kerana dikurniakan 'durian runtuh.'

"Walaupun setahun sekali tetapi semua sumbangan itu begitu bermakna bagi kami menampung perbelanjaan diri, sekolah dan dapat digunakan di waktu-waktu kecemasan," katanya.

Menurut Iskandar, setiap penghuni mempunyai akaun peribadi bagi menyimpan semua sumbangan duit raya yang diterima. Mereka tidak boleh menggunakan wang berkenaan sesuka hati ini apabila untuk tujuan wang poket, ia telah menjadi tanggungjawab kepada pihak pengurusan untuk memberi wang itu setiap hari.

Remaja perempuan, Nurfatin Pazin, 13, berkata, berpuasa di Darul Kifayah memberi banyak kenangan manis.

"Ini terutama apabila para penghuni di situ mendapat layanan istimewa dari syarikat-syarikat dan individu korporat yang menaja majlis berbuka puasa dan bersahur.

"Suasananya memang menyeronokkan apatah lagi mereka selalu memberikan banyak kata-kata nasihat dan perangsang supaya kami juga boleh berjaya seperti orang lain," katanya.

Tambah seronok apabila para penghuni Darul Kifayah kata Nurfatin, mereka secara dapat berbuka puasa, solat tarawih, bertadarus al-Quran sehingga khatam beramai-ramai.

"Berbanding orang lain, alhamdulillah kami dapat memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadan dan melakukan ibadat. Walaupun penat tetapi seronok," katanya.

Teh Maizatul Idayu Mohd. Nazri, 13, yang sebelum ini tinggal bersama ibu saudaranya pula sedih kerana ini kali pertama dia berpuasa di Darul Kifayah.

"Tetapi semakin lama di sini, saya makin serasi dan dapat menyesuaikan diri dengan baik. Saya belajar hidup bertolak ansur dan berkerjasama.

"Hasilnya, bukan sahaja dapat mengenali ramai kawan tetapi semua penghuni di sini seperti keluarga sendiri, saling bantu-membantu dan berkongsi suka duka," katanya.

Menggembirakan anak-anak yatim antara menjadi tanggungjawab umat Islam yang berkemampuan.

Bercakap soal fadilat dan ganjaran, hayatilah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini (Ramadan) Allah akan memuliakannya pada bertemu-Nya di hari akhirat kelak. (riwayat Bukhari)

Kelebihan Ramadan dan orang yang berpuasa

DALAM bulan Ramadan, diam orang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Friday, August 21, 2009

hari pertama puasa..

Alhamdullillah...selamat juga berada di hari puasa..1 ramadan(tapi ikut kelander hari ini 29 syaaban...kat malaysia belum puasa lagi).....walau pun baru je mula puasa..6 jam berlalu...insyaAllah puasa kali ini akan memberi lebih kekuatan untuk aku mengharungi liku2 hidup yang akan datang insyaAllah.....bila dapat tahu hari ini puasa,gembira sangat ...Alhamdulillah....walaupun didalam hati sedih sebab tak dapat sambut ramadan dengan family...tapi itu lah dugaan untuk aku yang berada di perantauan....ini merupakan ramadan yang ke 5 aku menyambut di sini....insyaAllah RAYA TAHUN ini akan berada di malaysia...permintaan hati aku juga sebenar nya.....tapi dugaan untuk meninggal kan lucan amat berat juga sebenar nya.

Ramadan kali ini merupa kan ramadan yang kedua buat kakak(nureen)dan kali pertama buat fatini....ALHAMDULILLAH dia org hendak cuba berpuasa....seronok juga bila tgk dia hendak berpuasa..Alhamdulillah....harap2 dapat diorg melaksanakan sampai bila2....bila tgk diorg hendah berpuasa..teringat pulak zaman kanak2 aku dulu...sambut puasa sudah menjadi amalan keluarga kami....mlm puasa main bunga api(zaman kanak2)bgn sahur ramai2..seronok bila dikenang kan semula..tapi ianya sudah menjadi kenangan....

Saturday, August 15, 2009

LuCaN

Bulan 2 2006 tarikh tak ingat...bermula sejarah hidup aku apa bila aku di beri suasana baru(pindah mulinngar ke lucan)dalam menjaga Anak2 ini....sebelum sampai ireland buat kali ke-3.aku sudah dibagi tahu sahabt ku,bahawa diorg akan beli rumah kat lucan.bila dengar je berita tu memang menakjubkan hati...yalah dah tahu lucan ramai melayu.dan semua yang ada kat sini kebanyakan aku kenal.jadi tak de masalah aku untuk datang semula ke ireland....ramai melayu best woooooooo!!!!!!mcm ada kat malaysia....Alhamdulillah seronok sangat2 dapat tinggal dan bekerja kat lucan ini...suasana yang agak bagus juga.Apa2 pun my kampung lagi best lah..niat nak keje ,kena buat macam keje lah kan....banyak pengalaman,pengajaran yang aku dapat bila tinggal kat lucan ni....selain dapat kawan2 baru yang seangkatan,dapat juga aku belajar tentang perangai kanak2 kat sini.zaman kanak2 aku tak de lah mcm kat sini,kat sini bandar,tak sama macam dekat kampung.hidup kanak2 aku dah biasa dengan keluasan yang tak de tembok..hikhikhikhik....bila tengok cara diorg membesar ,ada sedikit kesian,yalah nak main dalam rumah atau kawsan belakang umah yang kiri kanan belakang ditutupi tembok batu atau kayu...huhuhuhuhu kesian2x...APa2 PUN itulah nama kehidupan,setiap manusia yanag di jadikan Allah taala tidak semua sempurna.masa pindah lucan,komuniti melayu lebih kurang 6 8 family je....tapi selapas 4 tahun kebelakangan ini dah semakin ramai..Alhamdulillah....seronok rasa nya bila dah ramai komuniti melayu.....salah satu sebab ramai pindah lucan adalah senang nak beli barang2 dari malaysia sebab telah ada sebuah kedai melayu dan yang pertama di Ireland,.KedaI hisbiscus nama di beri...hikhikhikhik....dah beroperasi lebih kurang 2 tahun....menjadi pelanggan tetap membuat aku macam tak nak balik tanah air je..cewah banyak lah songeh nak tinggal negara orang lama2...hahahhahhaha...Tapi aku ada simpan satu perasaan..jika aku sudah balik malaysia.aku akan pasti kan kedatangan kembali ke lucan..insyaAllah...kalau duit ada ,kesihatan yang sihat...apa salah nya...hikhikhikhikhik.....APa yang best lagi tentang lucan...seronok melihat ragam anak2 melayu yang dilahirkan di sini membesar.....macam2 ragam aku lihat...best je kehidupan diorg..yalah lahir pun luar negara,membesar pun di luar negara,percakapan pun 2 bahasa...best anak2 lucan..hikhikhikhik......kenangan yang paling indah bila berada di lucan...walaupun ada yang kurang suka dengan keadaan di lucan,tapi aku ikhlas mengatakan bahawa lucan tempat yang paling best untuk usia aku ini....bila keluar rumah untuk mengambil angin,suasana yang agak berbeza....memang kadang2 teperap didalam bilik membuat kan aku kurang sihat..tetapi bila melihat sekeliling akan membuat kan aku hilang kesakitan tadi....apa2 pun lucan the best....LuCaN.....!!!!!!!!bila nak sampai lucan lagi.......

Friday, August 14, 2009

BARANG-BARANG

HMMMMM..........byk juga barang yang aku hendak pos malaysia...masyaAllah.....hari ini dapat lagi sekotak...bila tgk mcm sikit..tapi mak aiiiiii!!!!!!!!boleh tahan huhuhuhuhu.....esok nak try kemas baju2 lak...dapat sekotak setel lah yang lain....tapi 2 buah radio ni apa ke hal nya...hikhikhikhik...tamak sungguh budak ni!!!sampai dua buah dia belinya...hahahhahaha...kelakar2x,geram2x semua adalah...hmmmmm....insyaAllah dapat bwk balik semua barang.jgn ada tertinggal apa2....kalau tertinggal sesuatu ,nampak gaya kena datang semula lah...huihuhihuihui.......tidak mungkin!!!!!!!!tapi bila dah sampai malaysia,mesti rindu dengan suasana lucan......mcm2 kenangan yang pasti tidak akan dilupakan....sedih juga nak kemas barang2 dalam bilik nie....tapi mungkin dah sampai seru untuk aku balik melihat dan menjaga kampung sebelum aku kawin...hahahahhahaha...kelakar je ayat tu...kalau ada umur dan ada jodoh mana nak tahu kan...hikhikhikhikhik...gatai juga mu ya acik....huhuhuhuhu.....barang2 kat malaysia pun tak dibuka dan dikeluarkan dari kotak....yang akan samapi pun tak tahu sempat ke tidak aku buka....insyaAllah sempat.....minta2 semua selamat......Amin.........

Thursday, August 13, 2009

BETUL atau TIDAK

hmmmm...hari ini 13 ogos 2009 bersamaan 22 syaaban 1430....genap juga aku 2 tahun tidak menjenguk kampung....betul ke tidak sudah 2 tahun berlalu?macam tak percaya je semua ini sudah berlaku...dari tarikh 13/12/05 - 13 /ogos/09 menjadikan 80 bulan aku stay dengan family k azi...suatu masa yang agak lama...hmmmm...betul atau tidak ia nya sudah pun berlaku....dari umur ku 20 tahun hingga hendak masuk 24 aku menjaga 4 orang budak..hmmmm..betul atau tidak sudah pun berlaku,budak2 tue semua dah besar...dari nureen 3 thn stgh hingga 7 tahun setgh...dari fatini 3 thn hingga hendak masuk 7 tahun....dari nuaim 2 thn stgh hingga 5 thn stgh...dari amani dalam perut sehingga 20 bulan dan dah boleh cakap sikit-sikit....betul atau tidak semua itu sudah berlaku.....
semua itu hanya menjadi kenangan yang akan kekal di ingatan aku.....LUCAN....dari tahu sikit2 tentang sekeliling lucan sampai lah ceruk2 lucan tahu lah juga....3 tahun nak masuk 4 tahun lah tinggal kat lucan..tempat yang paling lama aku stay sepanjang berada di Ireland.....betul atau tidak ia nya sudah berlaku......bilik di rumah 22 foxborough place juga akan meninggalkan kenangan yang tidak dapat aku lupakan ..huhuhuuhu.... 3 tahun setgh menjadi tempat aku tido..lama tu....walaupun tak besar mana,tapi memang best bilik ini..hahahaha..kenangan indah....
dari tidak pandai masak,sekarang ni boleh lah kalau nak jadi seorang isteri yang berjaya...hahahhahaha..thank emak di malaysia n k azi dan semua kawan2 yang byk mengajar dan sudi memberi resepi2 dan tak lupa juga kepada mak cik ku(mak teh n pak teh)kalau diorg tak berniaga sudah pasti aku tak pandai buat kuih muih...huhuhuuuu.....betul atau tidak semua tu sudah pun berlaku.....

BETUL ATAU TIDAK!!!!!?????????????

Wednesday, August 12, 2009

balik kampung dan ireland...........

saat di tunggu akan tiba....tunggu dan tunggu....nanti dan menanti....pasti untuk kepastian....mencari tarikh yang sesuai memang payah..membuat kan hati ini tidak diduga....namun dugaan menanti lebih besar jika tidak ada kesabaran yang tinggi....

perasaan ingin balik kampung memang tidak dapat dibendung lagi...keputusan yang telah dibincang kan membuatkan hati aku sayu bagai sayur yang dah layu(lawak je ayat ini...dah lah tgh sedih sempat lagi buat lawak)hari ini sorang lagi kawan kami pulang ke malaysia....sedih tu memang sedih....tapi apa boleh buat.itu namanya satu pertemuan berakhir dengan perpisahan...perpisahan yang akan kembali pertemuan asal nya...

sambung semula pasal kampung aku....merancang dan merancang....kasih sayang aku pada budak2 ini telah membuat kan aku tabah menghadapi dugaan yang medatang(insyAALLAH)tapi kasih sayang aku pada kampung aku?apa jasa yang aku boleh buat dekat kampung aku?keluarga semua dekat kampung...walaupun mak ayah aku tak kisah aku berada di sini berapa lama...tapi aku tahu perasaan mereka(mintak2 mijah balik raya...dapat kumpul kan semua anak beranak)terharu nya kalau aku sendiri dapat mendengar luahan hati mak dan ayah ku...huhuuhuuhu.....perjalanan hidup ku tidak aku tahu akan bila penghujung nya...umur panjang atau pendek itu semua kuasa Allah taala...aku sebagai hambanya sentiasa bersyukur kerana dalam umur ku semuda ini dikurniakan kekuatan untuk aku menjadi seorang hamba nya yang bertaqwa....isyaAllah....

siang tadi aku dapat bercakap ngan emak n ayah...borak2 punya borak....rayu punya rayu..korek punya korek..tak de apa2 pun yang mustahak bagi memasti kan aku pulang beraya segera....Alhamdulillah.....tapi aku tahu mereka seboleh-boleh nya hendak aku balik....(masyaAllah jangan lah dengan kata2 ku tadi akan mebuat kan emak dan ayah ku berkecil hati)minta dijauh kan....line pun tak berapa begus..aku try call kakak ku...namun hampa...perjalanan aku diteruskan dengan mendail number telefon kawan karib ku...

borak dan borak..cerita dan becerita...kemungkinan perjumpaan darjah 6 1997 akan ditangguhkan...aku sebagai kepala kumpulan pening juga nak menyelesaikan satu perkara ini..dah lama tak buat sesuatu untuk majlis sebegini....dalam perbualan kami tadi ada juga mencerita kan keadaa kat malaysia,wabak h1n1 semakin menular sekitar negara..masyaAllah..(itulah kuasa Allah kepada umat2 Nya...itu pun umat Nya masih leka dengan bala yang sedang menimpa mereka..Allahuakbar)kadang2 aku terfikir juga biar lah aku pergi dulu dan tak sanggup melihat kemungkaran yang akan berlaku seterusnya selepas ini....masyaAllah,nauzubillahiminzalin.....buat masa ni kampung aku tidak ada wabak itu lagi..ALHAMDULILAH....minta dijauhkan......Amin.....

Dah habis borak ngan kawan aku..aku terus dail number kakak ku..payah juga nak dail number orang sibuk memanjang..yalah sibuk dengan keje..lagi pun masa yang aku dail.masa dia bekerja..hahahhaha.....nasib tak kena marah....hmmm penat tunggu baik aku masak dulu...dalam masa memasak tu kepala otak aku asyik memikir kan bulan ramadan dah semakin hampir..dapat ke tidak aku pose sebulan kat sini...masa borak ngan mak ayah tadi,memang dapat lah pose sebulan,siap raya lagi...huhuhuhuhu...pening kepala jugalah memikirkan..masyaAlla dugaan dari Allah taala.....aku terima seadanya...

Siap masak,aku cuba lagi untuk dail number kakak ku,akhir dapat juga....borak punya borak,cerita punya cerita,,akhir nya dapat juga keputusan...balik sebelum raya atau balik lepas raya.....kakak(kalau sebelum raya lagu bagus....kalau lepas raya engkau balik tahun depan jelah...tapi ikut kau lah nak balik bila...huahuahuahuahua!!!!!!)pening lagi kepala aku......??????????????//tapi keputusan nya ada dalam tangan aku....MasyaAllah berat sungguh bebanan Engkau ini YaAllah...permudahkan urusan aku ini YaAllah...hambu mu ini yang lemah tidak sanggup untuk melukakan kan hati mana2 pihak...ini baru bos dan keluarga...belom lagi suami n keluarga..masyaAllah bebanan akan datang huahuahua!!!!! permudahkan lah Ya Allah....

tamat dulu ya...keputusan sedang dibuat...hahahahahha!!!!!!!ketawa pun tak boleh..sedih pun tak boleh...biasa2 jelah...:):(

harap ibu(k azi) faham dengan situasa acik(acik memang ikhlas nak tolong ibu,acik tahu ibu pun berat nak lepas kan acik,tapi acik pun berat juga nak tinggal kan anak2 ibu....hampir 4 tahun acik menumpang berteduh di dalam umah yang serba indah ini..mungkin acik tak dapat nak tinggal didalam rumah sebegini indah selepas ini...tapi itulah nama nya dugaan....apa yang berlaku selepas ini ada DUGAAN....)

zoo dublin 2009





sahabat

kau sahabat sejati yang menerangi setiap sudut hati yang kecil
berlambang kan kepercayaan yang jujur
membuat kan diri ini bersemangat dengan pertalian ini.....
kau datang sekejap untuk menyinari alam persahabatan ini
namun perpisahan itu akan terjadi....

kenangan yang indah akan ku semat di ingatan
kemanisan yang indah dapat kurasai
kesusahan kembali ceria kerana kesungguhan mu
kau datang sekejap untuk memberi ilmu
namun perjalananmu masih menunggu mu....

Engkau datang untuk memberi kegembiraan...
kegembiraan itu aku semat didada......
engkau pergi untuk meneruskan perjalanan hidupmu........
pemergian mu sahabat akan kuiringkan sepohon doa agar engkau selamat sampai.......

Thursday, August 6, 2009

inteam - kasihku abadi

nisfu syaaban

NISFU SYAABAN
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)