Pages

Saturday, April 18, 2009

Muzik itu harus selagi tidak melalaikan


Soalan
Benarkah dalam islam dilarang bermain muzik bertali atau tiup? Jika benar diharamkan, kenapa?

Jawapan

Muzik merujuk kepada hiburan. Bila sebut muzik itu bermakna berhibur. Berhibur untuk apa? Biasanya orang bermuzik untuk berhibur demi menggembirakan diri atau kumpulan.

Islam tidak menghalang umatnya daripada berhibur. Malahan sejarah Islam di zaman Nabi S.A.W membuktikan bahawa ada acara yang diadakan untuk menghiburkan hati.

Namun demikian Islam tidak memberi kebebasan untuk manusia melayan hiburan sesuka hati mereka tanpa ada batasannya.

Jika kita perhatikan dalam Islam, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia mestilah ada batasannya supaya tidak tersasar dari tujuan sesuatu perkara yang diharuskan. Hukum asal berhibur adalah harus.

Muzik itu sendiri tidak haram tetapi cara manusia melayan muzik itu yang menjadi punca kenapa ia diharamkan. Tiada nas yang qatie, iaitu dalil yang secara muktamad menyebut akan pengharaman muzik.

Saya kira tiada siapa yang dapat lari dari mendengar muzik, contohnya ketika membeli belah di pusat-pusat jualan, pasti akan ada kedengaran muzik yang dimainkan, begitu juga ketika menaiki pesawat juga akan kedengaran muzik.

Kalau mendengar muzik itu haram, maka kesemua orang yang menaiki pesawat akan berdosa, dan begitu juga dengan mereka yang bertandang ke pusat-pusat membeli akan berdosa kerana mendengar muzik. Dosa ini berpunca dari haram. Muzik haram maka mendengarnya berdosa?.

Sebenarnya, seperti yang dijelaskan bahawa mendengar dan memainkan alat muzik tidak haram.

Alat-alat muzik diharamkan oleh segolongan ulama kerana sifat muzik itu sendiri melalaikan si pendengar.

Dan adakalanya asyik berhibur sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba yang mempunyai tanggungjawab fardu yang wajib dilaksanakan.

Alat-alat muzik yang bertali pernah digunakan di zaman sahabat dan tabien untuk berhibur. Bila ditanyakan perihal alat muzik bertali ada yang menjawab, “ia untuk mengimbangi akal”.

Muzik dan hiburan tidak ubah seperti gula atau garam dalam makanan kalau terlebih rosaklah makan atau minuman itu. Muzik yang diharamkan oleh ulama secara sepakat ialah muzik yang melibatkan campur gaul lelaki dan perempuan tanpa batasan dan disertakan dengan tarian dan minuman keras.

Sekiranya bermain muzik itu hanya sekadar hobi di waktu lapang, ia harus. Sekiranya muzik itu dimainkan bagi menghiburkan orang sehingga mereka gagal dari mengingati Allah SWT dan perintah dan mengheret untuk melakukan tegahan-Nya maka perbuatan main muzik itu hukumnya haram.

Persoalan ini telah mendapat perhatian kebanyakan ulama dalam menyatakan pendirian masing-masing. Ada di antara mereka yang mengharamkan semua yang berkaitan dengan muzik. Dan ada pula yang cuba menyelesaikannya dengan memberi kategori dalam hiburan.

Ulama yang bersikap tegas dalam persoalan hiburan adalah mereka yang ingin menghalang hiburan yang boleh membawa kepada kemusnahan kepada integriti agama dan budaya.

Dulu orang berhibur sekadar mengisi waktu kosong dan semata-mata untuk menghiburkan hati sejenak.

Hari ini, hiburan dan muzik adalah suatu yang sudah jauh terkeluar dari batasan agama apabila bercampur lelaki dan perempuan secara bebas dan mendedahkan aurat di pentas hiburan semata-mata meraih tepukan penonton.

Soalan

Sekiranya saya bermain alat-alat tersebut adakah saya dikira berdosa? Dosa besar atau dosa kecil?

Jawapan

Hukumnya harus. Sekiranya saudara bermain sekadar untuk berhibur sendirian atau bersama kawan-kawan serta memelihara batasan agama dan tidak lalai dari melakukan perintah Allah seperti solat, menutup aurat, lirik lagu yang tidak mengeji atau senikata yang berunsur lucah.

Lebih baik sekiranya minat saudara digunakan untuk menyelami kekuasaan dan keagungan Allah SWT melalui muzik dan seni kata yang boleh menyedarkan manusia akan kebesaran Allah. Maka tidak timbul soal dosa besar atau dosa kecil.

Soalan

Apakah cara yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan bisikan syaitan?

Jawapan

Banyakkan membaca istiazah iaitu Auzubillahi mina syaitani al-rajim dan amalkan membaca surah al-Nas, iaitu surah yang ke-114.

Memang kerja rasmi syaitan membisikkan ke dalam hati anak Adam yang buruk sehingga menjadi menarik dan baik.

Soalan

Adakah nazar seseorang itu akan diterima Allah jika ia dibuat secara tidak serius atau main-main?

Jawapan

Nazar adalah ibadah, sekiranya seseorang itu bernazar dengan menepati tuntutan syarak maka dia wajib tunaikan nazarnya. Jika tidak, dia berhutang dengan Allah.

Oleh yang demikian jangan sesekali bermain dengan nazar. Biarpun saudara rasakan saudara main-main tetapi adakalanya ia perlu ditunaikan kerana saudara sudah bernazar kemudian saudara menganggapnya main-main.

Ingat! Allah SWT mengetahui apa yang ada dan terlintas di dalam hati setiap hambanya.

Friday, April 10, 2009

tulip yg indah....

kenangan tulip 2007..........memang akan diingati sampai bila2...
tulip....tulip...tulippppp

BUNGA TULIP

tulip kau bunga cantik
cantik yang boleh buat orang terpegun
semua makhluk akan mengingati kau
apa yang kau ada wahai tulip

tulip kau bunga cantik
bila kau hidup akan mengubah alam sekeliling
alam yang cantik akan kelihatan indah
kehidupan mu tulip ada pencipta Nya

tulip kau bunga cantik
setiap kali kau datang pasti ada peminat
peminat yang datang pasti akan menziarah
kedatangan kau pasti ditunggu

tulip kau bunga cantik
warna warni kecantikan kau
cantik kau ada muslihatnya
muslihat kau membuatkan setiap insan insaf

tulip kau bunga cantik
setiap kali kau datang pasti kau akan pergi
pergi kau akan di ingati
selamat datang dan selamat pergi wahai tulip...:):):)

TULIP DATANG LAGI

Hari ini 10 april 2009/14 rabiuakhir 1430.
biasa nya masa ini tulip dah kuar kembali.
macam-macam warna yang akan dikeluarkan.
Tulip yang aku sendiri tanam,merah jambu,merah,oren dan macam-macam warna lagi.
kalau tengok disekeliling ,ada warna unggu,kuning,campur-campur warna.
buat masa ini aku masih tak pergi ke tempat biasa yang memang popular dengan bunga ini.
kemungkinan besar aku akan pergi juga.
ini mungkin kebarangkalian kali terakhir aku melihat sendiri bunga tulip ini..
masa akan datang tidak tahu lagi bila?
aku pun tak tahu kenapa aku begitu mengagumi kecantikan bunga tulip .
inilah dikatakan kuasa penciptaNYA.
setiap kali aku melihat kecantikan bunga ini,pasti hati aku akan berkata.
"adakah aku akan dapat melihat kau lagi selepas ini?"
bunga ini akan datang pada musim bunga sahaja.
selama sebulan bunga ini akan mempopularkan diri .
cantik memang cantik,bila melihat ada suatu gambaran akan muncul.
tulip...tulip...tulip....bila kita akan bertemu lagi,,,?????