Pages

Sunday, August 3, 2008

FAMILYDAY 2008

Assalammualaikum
1 ogos 2008 hari yg paling best ..ada family day..seronok dapat jumpa kawan-kawan.permandangan yg sgt menarik.itu kuasa ALLAH.best sgt2 sebab dapat menyertai acara tarik tali n berenang.lama sudah tak menarik tali.sudah 8 tahun tak menyertai acara tarik tali..kali ini diberi peluang menyertai(2 ogos).acara renang pun sama..walaupun tak pandai berenang ..tapi rasa tenang bila dapat melakukan aktiviti tersebut.(3 ogos)....family day tahun nie dapat melapangkan fikiran.dapat menyedut udara yg dingin.keadaan sekeliling yg berhutan dan terdapat tasik yg unik....ALhamdulillah semua berjalan dengan lancar.....

SYUKUR

Assalammualikum
hari nie 3 ogos 2008.sekejap je masa berlalu...itu kuasa ALLAh.kita hanya perlu menjalan kan kewajipan hidup didunia dgn izin ALLAH s.w.t.Syukur kepadaNya kerana kita dipanjang kan usia....kenikmatan didunia hanyalah sementara...alam yg seterus nya adalah kekal abadi...manjadi manusia dan insan dimuka bumi Allah ini adalah satu nikmat yg amat besar anugerah nya...hidup mesti diteruskan....kewajipan kepadaNya perlu kita laksanakan...syukur,syukur,syukur....dengan apa yang dikurniakan kepada kita.kita perlu juga menjadikan hidup ini sebagai harta yg paling indah...jika Allah tidak menghidupkan kita.tentu kita tidak merasa nikmat2 sebegini....Alhamdulillah....

Wednesday, July 16, 2008

KEHILANGAN


Assalammualikum
lama rasa nya tak tulis blog..
rindu sebenar nya nak tulis blog nie...
cuma ketiadaan masa yg tidak mengizinkan....
hampir dua bulan gak tak tulis blog nie...

tapi hari nie
hati terdetik nak tulis tuk luahkan kesedihan dihati ini..
tanggal 15 julai 2008
aku dikejutkan tentang kematian seorang adik kecil
yg aku kenal semasa menetap di tempat org...
aku juga pernah menjaga nya
walau hanya kejapan..
pemergian nya ada lah satu kehilangan yg amat besar dalam kelompok kanak2 yg ada disini...
pemergiannya adalah untuk selama-lamanya..
berita itu satu kejutan yg amat dalam bagi diri ini..
dia seorang kanak2 yg pendiam,sopan,cerdik dan mudah berbicara.
apakah perasaan keluarganya sekarang?
hanya ALLAH yg tahu...
aku mendoakan agar roh nya selamat disana....
kalau diingat suara nya ...akan mengalir air mata nie..
dia hanya memanggil "mak cik"..membuatkan hati ini mengingati nya buat selamanya...
aku juga mendoakan agar keluarga nya dapat menerima pemergian arwah...
syurga tempatnya insyAALLAH.....AL-FATIHA untuk arwah asraf....

Friday, May 23, 2008

DULU DAN SEKARANG

zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah untuk semua manusia dalam dunia ini.saya juga adalah salah seorang hamba Allah yang tak lari dari alam kanak-kanak.seronok memang seronok,gembira memang gembira,rasa dunia ini ana yang punya...hehehehe...Nak apa-apa saje mesti ditunaikan mak n ayah.memang tak fikir apa-apa dah.yang tahu mintak itu dapat,mintak ini dapat.Itu lah dunia kanak-kanak.Tapi tak semua kanak-kanak dalam dunia dapat apa yang diingini.mana mak n ayah yang mampu saje yang dapat menunaikan kemahuan anak-anak.mana yanag tak mampu hanya melihat dan berazam untuk mendapatkannya.Itu mungkin untuk kanak- kanak dulu.kanak-kanak sekarang semua dah mewah.Semua nya dah berubah.
  • kalau dulu tinggal kat kampung bebas nak buat apa-apa,sekarang tinggal kat perumahan nak buat apa-apa kena diperhatikan.kalau tak kena culik atau sebaliknya.
  • kalau dulu main daun upih pinang,tapi sekarang main skuter.
  • kalau dulu main masak guna daun saje,tapi sekarang mainan masak-masak dah siap dijual kat kedai.
  • kalau dulu mandi sunagi,sekarang mandi kat swimming pool.
  • kalau dulu nak main panjat-panjat,kena panjat pokok.sekarang nak panjat dah ada taman mainan.
  • kalau dulu kalau pergi sekolah boleh jalan kaki.tapi sekarang naik motor,naik ketreta n naik bus.
  • kalau dulu masuk hutan dah jadi kebiasaan.tapi sekarang tengok hutan pun takut.hehehehe...
  • kalau dulu maian congkak,ting-ting,galah panjang,batu serimban,dan macam-macam lagilah.tapi sekarang canggih-canggih semua nya,play station,psp,dan macam-macam lah.
  • kalau dulu belajar guna buku teks .tapi sekarang guna teknologi canggih seperti komputer dan banyak lagi.
Itulah sikit sebanyak tentang kehidupan kanak-kanak dulu n sekarang.Ada banyak lagi.tapi cuma yang ini saje yang dapat dinurkilankan..kanak-kanak atau anak adalah Anugerah dari Allah S.W.T.Hanya Ibu dan Bapa saje yang boleh mencorak kehidupan anak-anak agar menjadi anak-anak yang berguna pada agama,keluarga,bangsa dan negara.Berikan didikan Agama dari peringkat kanak- kanak .itu adalah sebaiknya.

Saturday, May 10, 2008

HATI YANG DAMAI

  • kenangan bersama akan dikenang sampai bila-bila....
  • gelak tawa mu sentiasa di ingatan ku
  • persahabatan tidak akan putus
  • masa akan memisahkan kita semua
  • kemesraan akan mendewasakan kita
  • kasih dan sayang akan mengeratkan perhubungan
  • takdir yg menentukan semuanya........KENANGAN TERINDAH

KEINDAHAN KASIH SAYANG

ayah
kau umpama pokok yang merimbun
pokok yang kukuh pada tempatnya
mempunyai kekuatan yang sempurna
keazaman yang tinggi untuk hidup
untuk merialisasikan kehidupan keluarga mu

ibu
kau umpama pohon yang rimbun
pohon yang akan mengimbangkan keharmonian
memberikan sentuhan yang mendamaikan
keikhlasanmu tiada tandingan
untuk membina keluarga bahagia

anak
kau umpama bunga yang cantik
bunga yang menghiasi keindahan syurga
menjadi harapan ayah dan ibu
diberi didikan yang sempurna
supaya menjadi pewaris dunia dan akhirat