*C
cabik-cabik bulu ayam
Maksud: Perselisihan faham atau perpecahan dalam keluarga yang mudah berbaik semula.
cacing hendak menjadi naga
Maksud: Orang yang kecil-kecil hendak menjadi orang yang besar-besar.
cacing naik ke mata
Maksud: Kelakuan yang melampau.
cakak sudah, silat teringat
Maksud: Perkara yang sudah selesai, barulah terdengar rungutan atau keterangan.
cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar
Maksud: Cakap sahaja besar tetapi satu pekerjaan pun tidak terbuat.
cakap berdegar-degar, tumit di keting
Maksud: Orang yang bercakap besar tetapi penakut.
cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada
Maksud: Cakap seperti orang kaya padahal miskin.
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar
Maksud: Berhati-hatilah ketika memperkatakan sesuatu.
cakapan sejengkal dibawa sehasta
Maksud: Perkara yang kecil diperbesarkan-besar:
calak ganti asah, menanti tukang belum tiba
Maksud: Dipakai untuk semen
campak baju nampak kurap
Maksud: Mendedahkan keburukan diri sendiri.
campak baju nampak kurap, seperti anak kacang hantu
Maksud: Orang muda yang tidak menjaga kehormatan diri dan orang lain sewaktu di jalan raya.
cangkat sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Sama-sama merasai kesusahan dan kesenangan.
cari umbut dapat buku
Maksud: Can yang baik, dapat yang tidak berguna.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud: Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai akibat perselisihan.
carik-carik bulu ayam, lama-lama jereket semula
Maksud: Perselisihan sesama keluarga akan berakhir dengan berbaik-baik semula.
cekarau besar liang
Maksud: Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
cekel berhabis, lapuk berteduh
Maksud: Terlampau kedekut pun tidak ada faedahnya kerana akhirnya harta itu akan habis juga.
cekur jerangau berbau lagi
Maksud: Masih belum matang atau muda benar.
celaka ayam, padi masak makan ke hutan
Maksud: Nasib yang
cencang air tidak akan putus
Maksud: Persaudaraan yang tidak akan terputus oleh perselisihan.
cencang dua segeragai
Maksud: Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
cencang terdadik jadi ukir
Maksud: Kesalahan yang tidak disengajakan tetapi membawa kebaikan.
cencaru makan petang
Maksud: Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik.
cengkeling bagai ular dipukul
Maksud: Bengkang-bengkong atau berbelit-belit.
cepat kaki ringan tangan
Maksud: Sangat cekap dan suka menolong.
cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan
Maksud: Jika ingin melakukan sesuatu hendaklah memikirkan baik buruknya, jangan terlalu cepat ingin membuatnya.
cerdik bagai ekor kerbau
Maksud: Sindiran kepada orang yang melakukan sesuatu yang bodoh sehingga menyebabkan diri sendiri kerugian.
cerdik helang bingung si kekek, lamun murai kecoh jua
Maksud: Biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang rendah atau lemah juga yang terpedaya atau menanggung kerugian.
cerdik membuang kawan
Maksud: Orang kaya atau pintar yang tidak mahu menolong sahabatnya.
cerdik perempuan melabuhkan, cerdik saudagar muda menghutangkan
Maksud: Perempuan yang tidak terpelajar hanya tahu mengusulkan tetapi tidak pandai melaksanakan, cerdik saudagar muda pula hanya tahu merugikan perniagaannya.
cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan
Maksud: Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan keburukan.
cerdik tak berakal
Maksud: Pandai tetapi belum berbudi halus.
cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Maksud: Selalu berhati-hati ketika berbelanja.
cincin emas takkan tampan bermata kaca
Maksud: Cadis yang elok lagi hartawan tidak akan sejodoh dengan lelaki yang miskin lagi hodoh.
cinta itu buta
Maksud: Cinta tidak mengira sesiapa.
cium tapak tangan, berbaukah atau tidak
Maksud: Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencela orang lain.
condong diumpil, lemah dianduh
Maksud: Orang yang dalam kesusahan diberi pertolongan.
condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya
Maksud: Setiap orang akan suka dan melebihkan keluarga sendiri berbanding dengan orang lain.
condong yang akan menimpa
Maksud: Pekerjaan yang mendatangkan celaka.
condong yang menongkat, rebah yang menegak
Maksud: Ketua yang membantu anak buah atau rakyatnya jika mereka dalam kesusahan.
contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang
Maksud: Sesuatu yang hendak ditiru itu mestilah diambil daripada contoh yang dapat memberikan hasil yang baik.
corak kain mengikut kehendak penenunnya
Maksud: Undang-undang sesebuah negara itu mengikut kehendak pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.
cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri
Maksud: Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan kerana mungkin akan mendatangkan hasil lumayan.
cubit daging sendiri sebelum mencabut daging orang
Maksud: Fikirkan dahulu sebelum menyakiti orang lain.
cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga
Maksud: Kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan merasai kesusahannya juga.
cubit paha sendiri dahulu, baru cubit paha orang lain
Maksud: Pandang kesalahan diri dulu sebelum memperkatakan kesalahan orang lain.
cupak asli bukan cupak buatan
Maksud: Adat turun-temurun, bukan adat yang baru dibuat.
cupak diubah orang datang
Maksud: Adat yang telah diubah oleh orang asing.
cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang
Maksud: Telah lama adat atau cara-cara tentang sesuatu pekerjaan.
cupak tegak yang diisi
Maksud: Aturan yang masih diamalkan, itulah yang dipatuhi.
No comments:
Post a Comment