Masuk sahaja bulan ini disember adalah bulan terakhir dalam tahun 2008.
macam-macam akan berlaku dalam bulan ini.antara nya,birthday amani n fatini,tarikh keramat aku stay dengan family ibu,dan hari yang paling istimewa,raya adiladha 1429 atau hari raya korban.Pada 7 disember 2008/9 zulhijjah 1429 adalah hari lahir amani yang pertama.sekejap sudah setahun.macam tak rasa apa-apa yang berlaku dalam setahun dia dilahirkan.tapi kena sedar juga sebab dia sudah setahun,dah pandai berjalan,pandai naik dan turun tangga sendiri,pandai merajuk,pandai nak jalan-jalan dan macam-macam ragam .seronok dapat tengok dia membesar .Dia adalah kanak-kanak kedua yang aku jaga dari lahir sehingga .......................kanak-kanak pertama adalah Ahmad Anas Hamdani .so sepasang lah .seronok memang seronok.tapi dalam seronok aku akan menangis sebab aku terpaksa meninggal kan dia suatu hari nanti.sebab terlalu sayang aku kena juga terima hakikat yang aku hanya penjaga sementara sahaja.penjaga tetap meraka ada lah emak ayah mereka.aku doa kan agar mereka menjadi anak soleh dan solehah sampai bila-bila.InsyaAllah.
Pada 8 disember 2008/10 zulhijjah 1429 ada hari teristimewa yang perlu kita semua ingat. hari raya korban .bagi kanak-kanak hari raya korban juga adalah hari paling seronok untuk bersuka ria.dalam kegembiraan itu kita juga perlu mengingatkan mereka dan diri kita sendiri tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam hari raya korban:
|
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10 disember 2008/12 zulhijjah 1429 adalah tarikh yang paling istimewa juga dalam diri aku.tarikh aku datang bersama keluarga ibu.kini genap 3 tahun aku menetap dengan mereka.
satu masa yang paling lama bagi seorang pengasuh /bibik(hehehhehe)bibik pun bibik lah.seronok memang seronok,pengalaman yang memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.
dalam keseronokan menjaga anak-anak ibu ,macam-macam pahit getir telah aku lalui.susah sebenarnya hendak mengasuh n mendidik anak-anak ini.satu percubaan yang memang getir bagi aku yang memang tidak pernah ada pengalaman.kadang-kadang terfikir sendiri,macam mana emak aku melayan kerenah aku masa kecil.seorang emak tidak sama macam seorang pengasuh.kini baru aku sedar,bertapa susah nya hendak menjaga anak-anak,jika kita tidak mempunyai kesedaran diri,kesabaran diri,keimana diri dan macam-macam lagi.Alhamdulillah,Allah telah campak aku ke daerah asing(ireland)untuk aku belajar tentang kehidupan.kalau aku tidak ke sini,kemana agaknya diri ini dihanyutkan............

No comments:
Post a Comment