Pages

Monday, December 15, 2008

Kenangan Fatini 6 years old






pada 13 disember 2008,genap tengku zulfati nurain fatini 6 tahun.kejap je dia dah besar.budak yang manja,aktif,periang,suka merajuk,dan cepat dapat dalam apa jua yang diajar.masa jaga dulu umur dia baru 3 tahun.semua tak boleh buat lagi.mula2 jaga dulu,amat sukar nak jangka fikiran dia.lama kelamaan tahu jugalah.dia nie dulu susah nak makan.makanan ruji dia hanya susu,baked beans,cereal n coklat2 n keropok2.memang susah lah nak bagi makan.macam-macam cara buat,tapi tak de hasil.setelah 2 3 bulan baru nampak hasil yang dia boleh je makan nasi.cuma tak de orang yang boleh bagi kauseling kat dia..huhuhuhuhuhu....ALhamdulillah akhir nya dapat juga dia makan macam budak2 lain.cuma sekarang tengah latih dia makan sendiri ......harap2 dia boleh....dalam melatih dia makan,aku memang jadi guru besar yang paling garang.banyak dosa aku pada dia.harap2 dia akan memaaf kan acik dia yang garang ni.....HAPPY BIRTHDAY FATINI...SEMOGA PANJANG UMUR,DIMURAHKAN REZEKI,JADI ANAK YANG SOLEHAH...INSYAALLAH......WALAU PUN FATINI marah n dendam ngan acik,walaupun tini tak suka acik sekali pun,walaupun tini tak akan ingat acik langsung.Tapi acik akan ingat fatini sampai akhir hayat acik.....love u fatini.....

Kenangan Amani 1st

TENGKU ZULFATI NURINA AMANI dah pun setahun.sekejap je dah setahun .detik-detik yang paling tak dapat nak lupakan,dia masih bayi,bila dah duduk,mengesot(org lain merangkak)dan sekarang dah berjalan,naik turun tangga.semoga panjang umur dimurahkan rezeki,jadi anak yang solehah.walaupun nanti besar mungkin amani lupa acik.tapi tak pe,acik akan ingat amani sampai mati.....love u....



Kenangan foxborough

Nama-nama jalan di lucan yang mungkin aku tidak akan lupa sampai bila2....nama yang unik,jauh beza dengan nama jalan2 di negara kita.ini adalah kenangan bersama anak2 ibu,anak2 mama n anak2 umi,dengan ada nya jalan2 nie aku sudah dapat berkawan dengan 10 orang kanak-kanak yang lahir dan membesar di negara ireland.kenangan terindah....sweet memory........2006-2009
~


Kenangan wintersonata



mungkinkah winter kali nie yang terakhir kali buat aku?itu semua ketentuan Allah yang maha Esa.best juga dapat merasa musim sejuk nie.cuma masih tak dapat nak merasa salji yang semua org nanti kan.
on the way balik umah.............
baru kuar dari sekolah........

lukisan yang bermakna


inilah hasil lukisan yang kreatif.hasil dari nureen.baru belajar dan cepat dapat.melukis di kala bersendirian.besar nanti boleh jadi pelukis yang berbakat,insyaAllah.....

Wednesday, December 3, 2008

KENANGAN BULAN DISEMBER 2008

Masuk sahaja bulan ini disember adalah bulan terakhir dalam tahun 2008.
macam-macam akan berlaku dalam bulan ini.antara nya,birthday amani n fatini,tarikh keramat aku stay dengan family ibu,dan hari yang paling istimewa,raya adiladha 1429 atau hari raya korban.
Pada 7 disember 2008/9 zulhijjah 1429 adalah hari lahir amani yang pertama.sekejap sudah setahun.macam tak rasa apa-apa yang berlaku dalam setahun dia dilahirkan.tapi kena sedar juga sebab dia sudah setahun,dah pandai berjalan,pandai naik dan turun tangga sendiri,pandai merajuk,pandai nak jalan-jalan dan macam-macam ragam .seronok dapat tengok dia membesar .Dia adalah kanak-kanak kedua yang aku jaga dari lahir sehingga .......................kanak-kanak pertama adalah Ahmad Anas Hamdani .so sepasang lah .seronok memang seronok.tapi dalam seronok aku akan menangis sebab aku terpaksa meninggal kan dia suatu hari nanti.sebab terlalu sayang aku kena juga terima hakikat yang aku hanya penjaga sementara sahaja.penjaga tetap meraka ada lah emak ayah mereka.aku doa kan agar mereka menjadi anak soleh dan solehah sampai bila-bila.InsyaAllah.
Pada 8 disember 2008/10 zulhijjah 1429 ada hari teristimewa yang perlu kita semua ingat. hari raya korban .bagi kanak-kanak hari raya korban juga adalah hari paling seronok untuk bersuka ria.dalam kegembiraan itu kita juga perlu mengingatkan mereka dan diri kita sendiri tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam hari raya korban:

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : IBADAH Qurban
Tajuk :
Fadhilat Dan Hikmah Korban
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
Riwayat at- Tirmidzi

Huraian
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."





Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

10 disember 2008/12 zulhijjah 1429 adalah tarikh yang paling istimewa juga dalam diri aku.tarikh aku datang bersama keluarga ibu.kini genap 3 tahun aku menetap dengan mereka.
satu masa yang paling lama bagi seorang pengasuh /bibik(hehehhehe)bibik pun bibik lah.seronok memang seronok,pengalaman yang memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.
dalam keseronokan menjaga anak-anak ibu ,macam-macam pahit getir telah aku lalui.susah sebenarnya hendak mengasuh n mendidik anak-anak ini.satu percubaan yang memang getir bagi aku yang memang tidak pernah ada pengalaman.kadang-kadang terfikir sendiri,macam mana emak aku melayan kerenah aku masa kecil.seorang emak tidak sama macam seorang pengasuh.kini baru aku sedar,bertapa susah nya hendak menjaga anak-anak,jika kita tidak mempunyai kesedaran diri,kesabaran diri,keimana diri dan macam-macam lagi.Alhamdulillah,Allah telah campak aku ke daerah asing(ireland)untuk aku belajar tentang kehidupan.kalau aku tidak ke sini,kemana agaknya diri ini dihanyutkan............

KENANGAN AUTUMM


AUTUMm,,,,
apa ada dalam autum,,,
autum adalah musim luruh.
kitaran yg ketiga dalam 4 musim setahun.
time autum daun2 akan kekuningan.
angin yang membantu meluruhkan daun2 yang kekuningan.
pengalaman menghadapi musim autum nie memang mencabar.
time juga sejuk mula menjelma.
Atumm terjadi dalam bulan 7-9 di ireland nie.
ini lah kuasa penciptaNya.
lepas Autumm terjadi lah pulak winter.
suasana autumm menarik jugalah.
daun2 akan gugur dengan disertai angin2 yg sepui-sepui bahasa,
autum kat malaysia tidak ketara macam di sini.
Alhamdulillah dapat gak sampai kat negara asing bagi diri ini...
lepas ini ada peluang lagi atau tidak untuk menyaksikan suasana luruh ini.
kenangan musim Autumm selama 5 kali akan segar dalam ingat sampai bila2.
autumm yang kelima ini paling segar dalam ingat.
banyak kenangan manis n pahit belaku..
tetapi tidak mematahkan semangat aku untuk berjuang sampai ketitisan akhir.

AUTUMM ADALAH MUSIM LURUH
DAUN-DAUN AKAN PERGI DARI DAHAN-DAHAN POKOK,
IMAN KITA KUAT KALAU KITA INGAT PENCIPTA KITA. IMAN KITA KURANG AKAN KOSONG JIWA INI.