Pages

Monday, December 29, 2008

Kenangan konsert nureen,fatini n nuaim





Kenangan darjah 6 tahun 1997





tahun 2008 genap 11 tahun aku meninggalkan alam sekolah rendah.entah kenapa zaman itu yang paling aku ingat sampai sekarang.zaman kanak-kanak yang paling nakal.... cerita tentang zaman darjah 6 .tahun akhir untuk sesi sekolah kebangsaan.tahun yang paling penting masa itu.yalah tahun peperiksaan UPSR.dalam kelas aku masa tue ada 17 org murid....lelaki ada 12 orang,permpuan ada 5 orang.memang best sangat-sangat kalau di ingat kan semula.keseronokan pada masa itu mungkin pada diri aku sahaja.budak2 lain tak tahulah..nak cerita pun tak tahu nak cerita dari mana.tapi sekadar memori sahaja...kenangan terindah bersama sahabat yang akan aku ingat sampai bila-bila..budak-budak tahun 6(1997)sekolah kebangsaan kampung awat..walaupun kami sekolah kampung,ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya.pertalian persahabtan akan segar dalam ingatan.semoga suatu hari nanti kita akan berkumpul semula...insyaAllah..

Kenangan awal muharram 1430

Awal muharram detik permula
perkiraan nabi dan umat islam
dari kota mekkah ke kota madinah
atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan amsar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegak kan islam tercinta...


rasa-rasanya u all pernah dgr tak lagu kat atas.aku selalu nanyikan masa kat sekolah2 dulu.hmmm...sekejap je dah awal muharram...hari nie 2 muharram 1430/2008.Azam dan semangat baru tue ada,insyaALLAH kalau umur panjang,kesihatan yang mengizinkan.aku akan cuba tunaikan azam2 aku tue..insyaAllah....

Thursday, December 25, 2008

Kenangan bersama fon


telefon berbunyi kring3x
ku angkat ku tanya siapa?

saje nak cite tentang telefon2 bimbit aku yang no 3 nie.
sejak fon nokia 3200 rosak.telefon pertama yang dihadiahkan org yang aku paling sayang??????????.......tapi fon ini banyak kenangan semasa aku di Ieland....2005.


pada bulan januari 2007,aku menemui kawan baru yang bernama sonyericsson
w300i..nie memang fon pertama yang aku beli dgn duit gaji sendiri.me
mang sayang.
setahun 11 bulan aku mengguna kan perkhidmatan nya.memang sayang gila2.tapi tanpa diduga
benda dah jadi,tanpa diduga dia sakit jua.rasa nak nangis pun ada.huhuhuhu.

belum sempat seminggu aku jumpa lak kawan yang berkenan di hati.
ini adalah fon
yang kedua aku beli dan fon yang ketiga aku telah guna.aku pun tahu
betul ke tindakan aku tuk menggunakan perkhidmatan nya.tapi aku beli juga.akhir nya aku dapat menggunakan perkhidmatan nya.nama dia sonyericsson w910i.INsyaAllah aku akan menggunkan sebaik mungkin..kalau rosak lagi,tak tahu dapat lagi atau tidak fon2 yang mcm nie....so kena jaga baik2....

Kenangan Ujian



Tahun 2008 nie adalah tahun yang byk ujian..
kita sebagai hamba kena akur akan ujian NYA...
ujian yang Allah bagi adalah ujian yang kecil...
Ada ujian Allah bagi lagi teruk dari ini..

Bagi aku, ujian yang Allah bagi dekat diri aku ini adalah yang kecil.
tapi dugaan ini macam yang paling besar.
ujian yang kecil ini lah yang perlu kita belajar.
bagi menempuh ujian yang paling besar akan datang.
mungkin ujian akan datang adalah paling mencabar.
dengan itu ,kita perlu segera penuh kan dada kita dengan ilmu2NYA.



Wednesday, December 24, 2008

kenangan bersama winter






hari ini 24/12/2008
aku ,k dah,nuaim,nureen n fatini meronda lucan..hehehehe
dari umah ke lidl,dari lidl ke superquinn,superquinn ke sport lucan,dari sana ke
rumah k kiah,n balik umah...
dah lama tak berjalan kaki.hari ini dapat juga berjalan-jalan dalam keadaan sejuk...
ALlhamdulillah semua nya ok....

Wednesday, December 17, 2008

Kenangan hari raya aidil adha 1429





8 disember 08 bersamaan 10 zulhijjah 1429.kali ke 6 atau 7 aku beraya haji di bumi asing ini.raya aidiladha ada lah hari raya bagi orang2 yang mengerjakan haji dan juga mengingati erti pengorbanan.raya aidil adha sebelum ini memang tak sambut sangat.sebab semua keje.so aku beraya ngan budak2 sahaja.alhamdulillah raya aidiladha yang beru lepas ini aku sambut agk meriah juga,dapat beraya bersama-sama org2 kampung lucan.dapat beraya 5 buah rumah .Alhamdulillah....semoga aku dapat merayakan raya aidiladha pada tahun2 akan datang.insyaALLAH...

Kenangan kole kacang



4/12/08 tekak nie terasa nak makan kuih yang lama dah tak buat....kole kacang...lama dah tak buat..kalau buat yang betul2 sedap tak tahulah jadi ke tidak.setakat nak memenuhi kemahuan sendiri aku buat mengguna kan tepung yang sedia ada .boleh tahan jugalah.Alhamdulillah,akhir nya dapat gak buat.lepas budak2 pergi sekolah dan amani tido.aku pun mula kan kereir minah pembuat kuih ...hehehehehhe..

bahan-bahan:
200 grm tepung kacang hijau
1 tin milk coconut
5-6 sudu besar gula merah
2 sudu gula putih
600 ml air
1 tin milk coconut (utk tahi minyak)

cara-cara:
masakkan gula merah dan putih .sejukkan.
sebatikan tepung kacang hijau dengan air gula dan santan.
masak diatas api yang pelahan sehingga masak menjadi warna coklat selama 1 jam.
(kalau rasa kurang air.sila tambah air lagi)
bagi tahi minyak(masak santan sehingga dia mengeluarkan minyak,dan apabila kekuningan angkat).

Monday, December 15, 2008

Kenangan Fatini 6 years old






pada 13 disember 2008,genap tengku zulfati nurain fatini 6 tahun.kejap je dia dah besar.budak yang manja,aktif,periang,suka merajuk,dan cepat dapat dalam apa jua yang diajar.masa jaga dulu umur dia baru 3 tahun.semua tak boleh buat lagi.mula2 jaga dulu,amat sukar nak jangka fikiran dia.lama kelamaan tahu jugalah.dia nie dulu susah nak makan.makanan ruji dia hanya susu,baked beans,cereal n coklat2 n keropok2.memang susah lah nak bagi makan.macam-macam cara buat,tapi tak de hasil.setelah 2 3 bulan baru nampak hasil yang dia boleh je makan nasi.cuma tak de orang yang boleh bagi kauseling kat dia..huhuhuhuhuhu....ALhamdulillah akhir nya dapat juga dia makan macam budak2 lain.cuma sekarang tengah latih dia makan sendiri ......harap2 dia boleh....dalam melatih dia makan,aku memang jadi guru besar yang paling garang.banyak dosa aku pada dia.harap2 dia akan memaaf kan acik dia yang garang ni.....HAPPY BIRTHDAY FATINI...SEMOGA PANJANG UMUR,DIMURAHKAN REZEKI,JADI ANAK YANG SOLEHAH...INSYAALLAH......WALAU PUN FATINI marah n dendam ngan acik,walaupun tini tak suka acik sekali pun,walaupun tini tak akan ingat acik langsung.Tapi acik akan ingat fatini sampai akhir hayat acik.....love u fatini.....

Kenangan Amani 1st

TENGKU ZULFATI NURINA AMANI dah pun setahun.sekejap je dah setahun .detik-detik yang paling tak dapat nak lupakan,dia masih bayi,bila dah duduk,mengesot(org lain merangkak)dan sekarang dah berjalan,naik turun tangga.semoga panjang umur dimurahkan rezeki,jadi anak yang solehah.walaupun nanti besar mungkin amani lupa acik.tapi tak pe,acik akan ingat amani sampai mati.....love u....



Kenangan foxborough

Nama-nama jalan di lucan yang mungkin aku tidak akan lupa sampai bila2....nama yang unik,jauh beza dengan nama jalan2 di negara kita.ini adalah kenangan bersama anak2 ibu,anak2 mama n anak2 umi,dengan ada nya jalan2 nie aku sudah dapat berkawan dengan 10 orang kanak-kanak yang lahir dan membesar di negara ireland.kenangan terindah....sweet memory........2006-2009
~


Kenangan wintersonata



mungkinkah winter kali nie yang terakhir kali buat aku?itu semua ketentuan Allah yang maha Esa.best juga dapat merasa musim sejuk nie.cuma masih tak dapat nak merasa salji yang semua org nanti kan.
on the way balik umah.............
baru kuar dari sekolah........

lukisan yang bermakna


inilah hasil lukisan yang kreatif.hasil dari nureen.baru belajar dan cepat dapat.melukis di kala bersendirian.besar nanti boleh jadi pelukis yang berbakat,insyaAllah.....

Wednesday, December 3, 2008

KENANGAN BULAN DISEMBER 2008

Masuk sahaja bulan ini disember adalah bulan terakhir dalam tahun 2008.
macam-macam akan berlaku dalam bulan ini.antara nya,birthday amani n fatini,tarikh keramat aku stay dengan family ibu,dan hari yang paling istimewa,raya adiladha 1429 atau hari raya korban.
Pada 7 disember 2008/9 zulhijjah 1429 adalah hari lahir amani yang pertama.sekejap sudah setahun.macam tak rasa apa-apa yang berlaku dalam setahun dia dilahirkan.tapi kena sedar juga sebab dia sudah setahun,dah pandai berjalan,pandai naik dan turun tangga sendiri,pandai merajuk,pandai nak jalan-jalan dan macam-macam ragam .seronok dapat tengok dia membesar .Dia adalah kanak-kanak kedua yang aku jaga dari lahir sehingga .......................kanak-kanak pertama adalah Ahmad Anas Hamdani .so sepasang lah .seronok memang seronok.tapi dalam seronok aku akan menangis sebab aku terpaksa meninggal kan dia suatu hari nanti.sebab terlalu sayang aku kena juga terima hakikat yang aku hanya penjaga sementara sahaja.penjaga tetap meraka ada lah emak ayah mereka.aku doa kan agar mereka menjadi anak soleh dan solehah sampai bila-bila.InsyaAllah.
Pada 8 disember 2008/10 zulhijjah 1429 ada hari teristimewa yang perlu kita semua ingat. hari raya korban .bagi kanak-kanak hari raya korban juga adalah hari paling seronok untuk bersuka ria.dalam kegembiraan itu kita juga perlu mengingatkan mereka dan diri kita sendiri tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam hari raya korban:

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : IBADAH Qurban
Tajuk :
Fadhilat Dan Hikmah Korban
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
Riwayat at- Tirmidzi

Huraian
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."





Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

10 disember 2008/12 zulhijjah 1429 adalah tarikh yang paling istimewa juga dalam diri aku.tarikh aku datang bersama keluarga ibu.kini genap 3 tahun aku menetap dengan mereka.
satu masa yang paling lama bagi seorang pengasuh /bibik(hehehhehe)bibik pun bibik lah.seronok memang seronok,pengalaman yang memang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.
dalam keseronokan menjaga anak-anak ibu ,macam-macam pahit getir telah aku lalui.susah sebenarnya hendak mengasuh n mendidik anak-anak ini.satu percubaan yang memang getir bagi aku yang memang tidak pernah ada pengalaman.kadang-kadang terfikir sendiri,macam mana emak aku melayan kerenah aku masa kecil.seorang emak tidak sama macam seorang pengasuh.kini baru aku sedar,bertapa susah nya hendak menjaga anak-anak,jika kita tidak mempunyai kesedaran diri,kesabaran diri,keimana diri dan macam-macam lagi.Alhamdulillah,Allah telah campak aku ke daerah asing(ireland)untuk aku belajar tentang kehidupan.kalau aku tidak ke sini,kemana agaknya diri ini dihanyutkan............

KENANGAN AUTUMM


AUTUMm,,,,
apa ada dalam autum,,,
autum adalah musim luruh.
kitaran yg ketiga dalam 4 musim setahun.
time autum daun2 akan kekuningan.
angin yang membantu meluruhkan daun2 yang kekuningan.
pengalaman menghadapi musim autum nie memang mencabar.
time juga sejuk mula menjelma.
Atumm terjadi dalam bulan 7-9 di ireland nie.
ini lah kuasa penciptaNya.
lepas Autumm terjadi lah pulak winter.
suasana autumm menarik jugalah.
daun2 akan gugur dengan disertai angin2 yg sepui-sepui bahasa,
autum kat malaysia tidak ketara macam di sini.
Alhamdulillah dapat gak sampai kat negara asing bagi diri ini...
lepas ini ada peluang lagi atau tidak untuk menyaksikan suasana luruh ini.
kenangan musim Autumm selama 5 kali akan segar dalam ingat sampai bila2.
autumm yang kelima ini paling segar dalam ingat.
banyak kenangan manis n pahit belaku..
tetapi tidak mematahkan semangat aku untuk berjuang sampai ketitisan akhir.

AUTUMM ADALAH MUSIM LURUH
DAUN-DAUN AKAN PERGI DARI DAHAN-DAHAN POKOK,
IMAN KITA KUAT KALAU KITA INGAT PENCIPTA KITA. IMAN KITA KURANG AKAN KOSONG JIWA INI.