Pages

Wednesday, March 4, 2009

KENANGAN APS 2000-2002




KENANGAN ASRAMA PUSAT SEGAMAT

Pada mulanya ayah nak masukkan ke asrama pusat ni,aku yang tak nak.macam-macam aku bagi alasan,asrama tu ada hantulah,takut kena bulilah,tapi penakut sebenarnya hehehehe....tingkatan satu aku sekolah convent,tumpang rumah mak cik aku kat taman sri waja,kampung jawa.seronok jugalah sekolah tu ,semua perempuan.3 tahun juga lah aku sekolah kat sekolah menengah convent.banyak jugalah kenangan kat sekolah tue.tapi tak pelah aku nak cite pasal APS je..convent kemudian.form 1 2 3 sekolah convent.tapi masa form 3 aku sekolah convent tinggal kat asrama pusat.so dari sinilah bermula episod2 ngeri,takut,sedih ,seronok dan macam2 lagilah.

Bermula lah kehidupan aku menjadi rakyat jelata Asrama pusat.mula2 masuk tue memang takut.yalah tinggal ngan kawan seperjuangan je.hari pertama tu menggigil jugalah.tapi lama2 ok je.semua kekawan dah boleh terima aku yang sesat sekolah.yang lain sekolah tinggi segamat ,aku sorang je yang sesat sekolah convent.hehehehhehhe.....setahun jugalah aku memang sesat kat asrama tue...pagi2 pergi sekolah naik bus sama2,satu jalan lah,so b 4 sampai sekolah tinggi,pak cik bus akan berhenti sekolah aku dulu,tapi bila pak cik bus tak berhenti budak2 dalam bus akan menjerit,Pak cik!!!!!!!!budak convent nak turun....................mula2 tue memang malu gila lah.tapi bila dah hari2 berlalu,aku dah lali dah,...hahahahaha...masalh nya yang menjerit budak2 lelaki...memang malu sangat2.kenangan2x.bila balik pulak,aku je yang balik lambat,so rutin aku setiap hari pergi sekolah naik bus dan balik ke asrama aku naik teksi.selama setahun.satu pengalaman yang memang pelik tapi benar..kihkihkihkih....itulah pengalaman masa form 3...

Naik form 4 aku bagi tahu ayah nak pindah Sekolah Tinggi,kesian ayah kena turun naik pejabat pelajaran.susah juga ya nak tukar2 sekolah nie.ampun ayah!!!!masuk tingkatan 4 nie barulah normal kehidupan aku.so rutin samalah macam rakyat2 APS yang lain.pergi sekolah naik bus yang sama,balik pun sama2.Sekali lagi aku di uji , semasa hendak melangkah ke sekolah baru ni.
sekolah campurlah kata kan.Yalah setelah sekian lama berada dikalangan perempuan saje,tetiba keadaan menjadi huru-hara..hahahahaha.dalam kelas sekarang ada lelaki dan perempuan.mula2 tue kekok juga nak bergaul ngan budak2 lelaki,yalah 3 tahun kanTtapi nasiblah aku nie gila2 juga.Jadi tak adalah susah nak bergaul dengan dia orang.mula2 tu kena ejek .macam2 jugalah.tapi aku buat tak tahu je.Dah lama2 ok,dan diorg pun dah boleh terima aku menjadi kawan seangkatan....kelas tue memang hura hara jugalah.dalam kelas tu aku sorang je yang tinggal di asrama.Budak2 lain tinggal di rumah masing2.oklah balik semula ke Asrama.
Asrama pusat tak ada lah besar sangat.cuma ada dua blok yang menempat kat Asrama putera dan asrama puteri.jadi aku dekat blok puterilah kan.Jarak asrama putera puteri sebelah2 je.Yang memisahkan antara 2 blok nie adalah dewan makan.jadi memang bertentanganlah asrama putera puteri.masa tue rakyat jelata APS lebih kurang 80 orang.so tak delah ramai sangat.

Masa aku kat sana,banyak benda yang aku belajar,hidup bedikari,bersabar,macam mana nak jadi pelajar yang cemerlang,cuma aku je yang tak cemerlang,hehehehehe.Seronok memang seronok ramai kawan yang rapat,dan memang sudah menjadi satu keluarga.Sifat tolong-menolong memang dah sebati dalam jiwa rakyat jelata Aps.Cerita dalam bilik lagi lah seronok.

Masa form 3 aku duduk dalam bilik SITI KHADIJAH.masa tue ada 20 orang penghuni siti khadijah.banyak benda juga aku dapat belajar semasa berada dalam bilik itu.kakak2 yang atas dari aku,banyak membantu aku dalam segala hal.Adik2 yang bawah aku juga banyak membantu .TERIMA KASIH WARGA SITI KHADIJAH(aku,k ma,k ijah,k huzma,yazi,k wan,k yana,suraya,k fadz,ina,dini,k long,yang lain tak ingat...Ampun!!!)macam-macam kenangan manis dan pahit sepanjang berada dalam bilik tue...

Masa form 4 aku dipindahkan ke bilik KEKWA(tahun ini semua bilik tukar nama).bilik ni ada 12 orang je.bilik ni banyak benda yang kelakar dan sedih.Kelakar nya bilik ni,ada seekor kelawar yang memang menjadi penghuni tetap.jadi setiap kali kelawar ini beterbangan di dalam bilik, kami semua akan menjadi huru hara.bagi memastikan keamanan kembali senyap, aku dan kawan aku lah yang akan menjadi heroin nya.heheehhe.aku akan mengambil penyapu dan menghalau kelawar itu .Yang malang nya,bilik kami ini betul2 atas bilik warden.jadi dalam kami huru hara ini.warden kami akan naik, nak tengok apa yang terjadi.tapi seperti biasalah bila warden dah ada depan pintu,kami semua akan senyaplah.buat2 tak de apa2 yang berlaku.kihkihkihkih..Ada satu masa tu,kami satu bilik kena denda berdiri dekat koridor depan bilik kami,gara-gara kelawar.Memang memalukan,sampai kami semua ditertawakan budak2 putera.Memang tidak boleh dilupakan huhuhuhuhuhu.....memang banyaklah kenangan dalam bilik KEKWA ini.....TERIMA KASIH BUDAK2 KEKWA(aku,wahidah,safatul,mashitah,k bayah,fidah,mastura,linda,ada lagi tak ingat...ampun!!!!)Masa tahun ini juga aku di beri tugas menjadi pembantu AJK kebajikan..kihkihkih....kelakar3x.tahun ni juga berlaku banyak peristiwa yang memang tidak pernah dibuat oleh warga APS sebelum itu.(hanya budak2 form 4 2001 saje yang tahu.huhuhuhuhu...)

Masa form 5 sekali lagi aku di pindahkan ke bilik ASAL.dulu SITI KAHDIJAH,tetapi dah tukar nama bilik KIAMBANG.seronoklah juga bilik ni.bilik ini memang ada 20 orang.masa ini aku dipertanggungjawabkan menjaga,menguruskan keseluruhan ahli bilik.budak2 call me mummy dorm.hahahahahaha....penat juga masa duduk dalam bilik ni.Semua aku kena buat.Nasib ada Assisten yang bagus(suraya)thank u .......Tahun itu,tahun yang penting, nak ambil SPM lah kata kan.huhuhuhuhu.....macam2 juga dugaan yang telah berlaku semasa dalam bilik mahupun sekitar APS.Tahun yang banyak dugaan.TERIMA KASIH BUDAK2 KIAMBANG(MUMMY,suraya,k ucu,adut,liana, yang lain tak ingat,Ampun!!!!!!!)sekarang tinggal kenangan sahaja.Yang baik kita jadikan teladan,yang buruk kita jadikan sempadan.

......................................................................................................................................:)

Alhamdulillah walaupun aku bukan lagi menjadi rakyat jelata APS. Setiap yang berlaku sengaja atau pun tidak di sengajakan ,ia telah menjadi kenangan yanag paling hebat dalam diri aku.Syukur kepada Ilahi semua rakyat jelata APS yang berjaya teruskan usaha anda,bagi rakyat jelata APS yang tidak berjaya,bersyukur lah dengan apa yang kita ada.tingkat kan usaha anda didalam bidang yang seterus nya.Pandai atau kurang pandai ,baik atau jahat,semua nya ada kebaikan dan kelemahan masing2.Yang baik datang dari ALLAH S.W.T,yang buruk itu datang dari kesilapan manusia yang alpa...

..................................END...........................................:)

No comments: