Pages

Monday, November 3, 2008

Keinsafan dalam bulan2 islam

"Ya Allah ampun kan dosa2 ku,dosa kedua ibubapa ku,ahli keluarga ku,sahabat2 ku kaum muslimin muslimat"

Sekarang dah masuk bulan Zul Kaedah...pejam jelik masuk bulan Zul Hijjah.kemudian masuk pulak bulan Muharram.....ya Allah kenapa sekarang baru aku tahu kisah-kisah kelandar hijriah?Kenapa baru sekarang aku sedar bertapa penting nya takwin hijriah.Selalu hanya guna kelanda masihi.
hidup dah masuk 23 tahun.tapi Alhamdulillah sempat gak aku tahu serba sedikit tentang kelendar2 yg ada sekarang nie.sebelum nie bukan tak tahu langsung,cuma aku tak didedahkan sangat dengan kelendar hijriah.Dah tebiasa guna kelendar masihi.
Bulan ramadan yang lepas baru aku dapat tahu bertapa kita sekarang dah jauh ketinggalan dalam mengingati bulan2 islam.MasyaAllah sangat2 rugi kehidupan org2 islam sekarang.aku pun tak tahu bila tarikh lahir ku dalam bulan islam.Tapi Alhamdulillah aku dapat cari gak akhirnya.aku di lahirkan pada tarikh 28 safar 1406.harap2 betullah.
Masa sekolah agama dulu,ustaz selalu bagi tahu,bahawa kalau seseorang tu sampai ajal,mungkin ajal nya jatuh masa tarikh lahir nya.sejak dua menjak nie aku pun menjejakilah tarikh lahir aku dalan bulan islam.Alhamdulillah umur ku ada lagi.masa akan datang tak tahu lah.Dalam kita gembira ,duka,kaya,miskin,sihat ,sakit,muda,tua, kita kena mengingati mati.mati adalah alam yang paling kekal.masa hidup sekarang nie pun aku selalu ingat mati,YaAllah kau senang kan lah mati ku.jauhkan aku dari Azab Mu.EngKau berikan hidayah kepada ku.EngKau buka kan hati ku,Engkau lapang kan hati ku,Agar aku senang menuju jalan Redha Mu.
Hari nie 6 zulkaedah 1429 hari isnin.insyaAllah selepas ini aku akan menggunakan kelendar hijriah.Dua2 kelander sangat berguna.tetapi kelander hijriah lagi penting.byk je sejarah2 kelendar2 masihi dan hijriah.InsyaAllah aku akan kongsi cite tu dalam blog nie.wasalam..

BULAN DALAM ISALAM/BULAN HIJRIAH

1 MUHARRAM
2 SAFAR
3 RABIUL AWAL
4 RABIUL AKHIR
5 JAMADIL AWAL
6 JAMADIL AKHIR
7 REJAB
8 SYAABAN
9 RAMADAN
10 SYAWAL
11 ZUL KAEDAH
12 ZUL HIJJAH

1 comment:

GadisKasutConverse said...

sebenarnye terlupa tentang bulan2 islam ni..
tq myza krn membantu mengingatkan=)